Wednesday, February 28, 2007

Web Site Jual Hantu



KUALA TERENGGANU: Percaya atau tidak? Sebuah laman web berpangkalan di Lembah Klang menjual pelbagai spesies hantu yang diawet dan barangan mistik.

Pelanggan yang menjadi sasaran ialah golongan yang terpengaruh dengan tahyul.

Laman web itu didakwa digerakkan tiga sahabat, antaranya menawarkan Hantu Jelangkong Mata Merah yang kononnya dari Candi Borobodur, Jawa, Indonesia, pada harga RM3,000.

Lima nombor telefon disediakan. Bagaimanapun, wartawan Harian Metro yang cuba menghubungi nombor terbabit mendapati empat daripada nombor itu tidak berfungsi, manakala satu nombor lagi berdering tetapi tidak dijawab. Perhatian: Gambar diatas hanyalah sebagai hiasan, tidak ada kena mengena dgn laman web terbabit.

No comments: